" Sedangkan orang yang lemah juga akan menjadi kuat jika bersatu".
Assalamualaikum...
Setiap hari aku dimomokkan dengan isu perpaduan di negara kita. Manakan tidaknya, sebagai seorang pelajar SKKD ( Komunikasi Dan Dasar Awam), aku harus peka dengan keadaan sekitar dan masyarakat dalam membangunkan sesebuah negara. Perpaduan rakyat boleh dijadikan sebagai kayu ukur dalam usaha membangunkan negara kita. Amboiiiii...aku seperti mahu memberi ceramah politik pula...hahaha
Bagi aku..aku mahukan sebuah masyarakat yang bersatu padu seperti "Beebimbap". Mengapa Beebimbap? Sebab aku merupakan peminat drama Korea dan aku masih teringat tentang sebuah rancangan korea yang memperkenalkan makanan ini. Aku amat tertarik dengan keunikan makanan ini.
Beebimbap..
Makanan ini merupakan makanan tradisional Korea yang sangat unik. Makanan yang berkhasiat ini merupakan "nasi campur" yang terdiri daripada nasi, daging, sayuran dan telur. Tahu apa yang istimewanya makanan ini? Beebimbap dimakan hanya apabila SEMUA ramuan tadi digaulkan dan dimakan bersama. Ramuan-ramuan seperti sayur tauge, timun, daun salad, cendawan, lobak merah dan bijan yang mempunyai tekstur yang berbeza mampu menghasilkan rasa yang amat lazat apabila digaul dan dimakan bersama.
Inilah keistimewaan dan keunikan Beebimbap, tidak dimakan secara berasingan namun setiap ramuan BERSATU dalam menghasilkan makanan yang istimewa ini.Mungkin jika ramuan ini tidak digaul bersama maka tidak akan menghasilkan keajaiban dalam keenakkan makanannya.
Aku mahu masyarakat seperti Beebimbap. Walaupun ramuan tadi berbeza dari segi warna, rasa dan bentuk namun apabila bersatu, ramuan-ramuan tadi akan menghasilkan keajaiban. Masyarakat kita yang berbeza etnik, bangsa dan agama juga mampu menghasilkan keajaiban jika bersatu-padu..saling memberi "rasa" antara satu sama lain hingga negara kita semakin maju dan berjaya di masa hadapak kelak, insyaAllah.
waaa nampak sedaplah makanan ni. adakah cik laily pernah mencubanya. bagaimana saya mahu mandapatkan makanan ini di malaysia ni...teringin sangat nak cuba.
ReplyDeleteTidak pernah..namun keunikan makanan ini amat menarik minat saya..saya pasti akan mencubanya nanti..untuk pengetahuan cik rabuah, makanan ini ada dijual di restoran Korea, banyak kedai-kedai korea di pasaraya besar yang menjual Beebimbap..=)
ReplyDelete