"Kejayaan Semanis Madu Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu"
Wahhh...sangat panas tajuk entri kali ini!. Sebenarnya,ku bukannya ingin menyumpah seranah namun apa yang ingin aku tulis kali ini adalah tentang semangat, cita-cita, keazaman dan keinginan yang terdapat dalam rancangan DAPUR NERAKA atau Hell's Kitchen. Rancangan kulinari yang termahal di Amerika ini telah disiarkan sebanyak 9 musim yang menjanjikan pelbagai emosi dalam usaha menjadi tukang masak yang terkenal. Berbezanya rancangan ini dengan rancangan-rancangan memasak yang lain seperti "Ketuk-Ketuk Ramadhan" dan "Jaguh Kampung"..hahahha..adalah pengacaranya yang mempunyai personaliti yang sangat menjengkelkan iaitu Gordon Ramsay. Namun ,inti atau bumbu yang mewarnai rancangan ini adalah persoalan tentang sekuat mana keinginan, semangat dan usaha para peserta dalam melalui cabaran-cabaran yang sangat menguji kesabaran mantal dan fizikal.
Rancangan ini musim ke 6 telah memberi impak yang sangat besar ke atas diri aku. Pada mulanya, seperti musim-musim yang lain, sebab utama aku menonton dan meminati rancangan ini adalah kerana Gordon Ramsay yang sangat comelll apabila dia maki..hahaha..tetapi pada musim ke 6, pada awal episod lagi aku telah mengangumi seorang peserta iaitu Dave Levey yang mencerminkan keazaman yang sangat tinggi dalam memenuhi cita-citanya. Perasaan cintanya dalam memasak tidak mematahkan semangatnya apabila dia mengalami kecederaan pada tangan kirinya. Memasak dengan hanya satu tangan sepanjang 12 minggu dan akhirnya memenangi pertandingan ini membuatkan aku tertanya-tanya, bagaimana hebatnya keazaman dan keinginan yang membara dapat menandingi kesakitan dan ketidakupayaan seseorang.
Kata- kata Dave yang tersemat di hati aku adalah apabila Ramsay bercadang untuk menyingkirkannya berikutan kesakitan yang dialaminya semasa menjalankan tugasan. Namun, kata- kata ini telah membuat Ramsay terdiam iaitu, " jika kamu bercadang untuk menyingkirkan aku, pastikan sebabnya adalah masakan aku bukannya kesakitan atau kecederaan tangan aku. Aku masih boleh masak makanan yang sangat hebat walaupun dengan hanya sebelah tangan kerana aku sangat suka memasak".
Menonton rancangan ini menyedarkan aku bahawa, di dunia ini ada sekumpulan manusia yang menganggap memasak, sebagai sesuatu yang amat bermakna. Bagi aku sendiri, memasak adalah hanya suatu keperluan namun bagi mereka memasak adalah suatu kepuasan.
No comments:
Post a Comment