Saturday, 10 December 2011

Sempena Krismas

Semangat 1Malaysia yang tinggi menyebabkan saya tertarik dengan artikel ini. Di Shanghai, seramai 80 orang tukang masak membantu mengukur kek Krismas paling panjang di dunia. Kek itu yang sepanjang 1,068 meter berperisa vanila dan mengandungi coklat diiktiraf dalam rekod Guinness sebagai yang terpanjang di dunia.

Friday, 9 December 2011

Teman Setia

Teman setia itu adalah sesuatu yang sentiasa ada dan membantu di saat kita buntu.
Nescafe menjadi teman setia yang menemani dan menyegarkan diri ini..setiap malam tanpa mengira waktu..
Membuatku segar dan berjaya menyiapkan semua assignment yang diberi..Terima kasih, Nescafe..siapalah aku tanpa kamu..haha

Bomba Kesayanganku.

" Chocolate Ice Blended "
Hari yang sangat memenatkan..akhir-akhir ini, saya melalui dan menghadapi hari-hari yang sangat menekankan. Pelbagai kerenah manusia yang membuat hati ini semakin "panas". Nasib baik, saya telah berjumpa dengan bomba yang mampu menyejukkan hati ini. Inilah bomba  kesayangan saya. Sejuk dan sedap..hanya satu hirupan mampu mengukir senyuman yang hilang..hehe

Saturday, 19 November 2011

Kasih Ibu Mengatasi Segalanya..

"Anugerah yang paling hebat bagiku adalah Ibu - Laily"


Duit bukan ukuran kebahagiaan. Di dunia kecilku ini, terdapat kebahagian yang aku perolehi dengan percuma..kebahagiaan apabila melihat senyuman kecil ibu, ciuman ibu, kata-kata semangat ibu dan kepercayaan ibu terhadapku.
Ibu...betapa hebatnya kasih sayangmu..Tiada sesiapapun yang mampu mengukur kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya...

Itulah antara nilai yang cuba aku serapkan dalam cerpen "Takdir Si Likantrofi" yang menceritakan bagaimana Mia seorang manusia serigala yang terpaksa meninggalkan makanan kegemarannya iaitu "daging mentah" demi ibunya..demi menjadi manusia biasa..

p/s: semoga penulisan ini tidak mengecewakan pensyarahku..amin.

Kek + Ais Krim Terbesar Di Dunia?


" Kejayaan itu umpama mimpi yang menjadi nyata- Laily"


Syarikat Dairy Queen di Kanada telah memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh China dengan membuat kek aiskrim terbesar di dunia. Kek terbesar ini dibuat menggunakan lebih daripada 9000 kg aiskrim, 91 kg kek, 136 kg gula icing dan biskut oreo. Kek ini telah dihidangkan kepada orang ramai selepas mendapat pengakuan oleh "Guiness Book of Record"

Monday, 31 October 2011

KUIH EMPEK INDONESIA..=)

Sepanjang zaman kecilku, aku ditemani dengan memori-memori menolong ibu dan ayah menjual kuih empek atau juga dikenali sebagai Pempek..Kuih ini diajar oleh anak angkat ibu yang berasal dari Palembang, Kak Mala namanya.. Hingga hari ini, ibu sering membuat kuih ini sebagai sarapan atau makanan petang kami sekeluarga..

Ini adalah resepinya:
  Bahan-bahan bagi membuat kuih:-

  • Tepung sagu
  • Secubit garam
  • Telur 
( Cara: Gaulkan tepung sagu dengan air panas..letak sedikit garam..gaul dan adun tepung itu sampai gaulan tadi menjadi doh. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat dan buat lubang (seperti karipap) namun letakkan telur yang sudah dipukul sebagai inti kuih tersebut. Tepung yang sudah dibentuk dan diisi dengan telur direbus dalam air panas. Akhir sekali, kuih yang telah direbus, digoreng dalam minyak panas. Ini akan menghasilkan kuih yang kenyal di dalam namun ranggup di luar)
Kuih ini boleh dimakan bersama-sama sos atau kuah cuka. Namun, saya suka memakannya dengan sos seperti makan keropok lekor. Cubalah..sangat sedap!

p/s: Dr.Mawar boleh cuba buat kuih ini untuk santapan keluarga juga.^.^

Tuesday, 11 October 2011

Kek Coklat

Selama ini, aku hanya gemar makan kek coklat tanpa mengetahui makna di sebalik kek ini.Apa ada di sebalik kek coklat? Semoga apa yang ada di sebalik kek ini tersemat di dalam diriku.


KEK COKLAT
KKomited
EEmosional
KKreatif
CCinta
OOportunis
KKuat
LLemah-lembut
AAmanah
TTulus

Friday, 7 October 2011

"Aku Tidak Mahu Menjadi seperti Telur atau Lobak Merah..Aku Mahu Menjadi Kopi."

"Setiap musibah yang berlaku akan mengajar kita sesuatu yang baru..hadapinya dengan baik"



Sesuatu bencana, musibah yang berlaku ke atas diriku ini akan aku anggapnya umpama air panas yang mendidih yang mampu mengubah kopi, telur dan lobak merah. Namun, aku ingin menjadi kopi...bukannya telur ataupun lobak merah.


Kopi: Kopi akan berubah bentuk menjadi cair apabila disirami air panas. Namun, perubahan itu mengeluarkan aroma yang indah dan sedap. Jika ditambah dengan sedikit gula, Kopi itu akan menjadi sangat lazat.

Lobak Merah: Pada asalnya, lobak merah ini keras dan  kuat dari segi fizikalnya..hahaha..Namun, jika dimasukkan ke dalam air panas yang mendidih tadi..Lobak merah akan berubah bentuk..menjadi lembik dan mudah pecah. Aku tidak ingin menjadi seperti ini yang jika didatangi musibah akan menjadi rapun dan tidak berdaya.

Telur: Telur hanya dilindungi kulitnya yang keras namun jika dimasukkan ke dalam air yang panas mendidih, bukan hanya kulitnya sahaja nanti yang keras malah isinya di dalam akan menjadi kenyal dan keras. Telur yang mulanya berbentuk cecair akan menjadi pepejal (keras) jika direbus. Aku juga tidak ingin merubah sifat seperti lemah lembut menjadi keras hati jika hanya didatangi sesuatu musibah..Aku tidak ingin menjadi seperti Telur!


Maka, saya Norlaily Fatini berjanji dengan diri ini..aku akan menjadi seperti Kopi. Menjadi manusia yang mampu menyerap segala musibah yang melanda dan menjadikan musibah itu sebagai titik tolak untuk berjaya!

Wednesday, 5 October 2011

DAPUR NERAKA????

"Kejayaan Semanis Madu Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu"

Wahhh...sangat panas tajuk entri kali ini!. Sebenarnya,ku bukannya ingin menyumpah seranah namun apa yang ingin aku tulis kali ini adalah tentang semangat, cita-cita, keazaman dan keinginan yang terdapat dalam rancangan DAPUR NERAKA atau Hell's Kitchen. Rancangan kulinari yang termahal di Amerika ini telah disiarkan sebanyak 9 musim yang menjanjikan pelbagai emosi dalam usaha menjadi tukang masak yang terkenal. Berbezanya rancangan ini dengan rancangan-rancangan memasak yang lain seperti "Ketuk-Ketuk Ramadhan" dan "Jaguh Kampung"..hahahha..adalah pengacaranya yang mempunyai personaliti yang sangat menjengkelkan iaitu Gordon Ramsay. Namun ,inti atau bumbu yang mewarnai rancangan ini adalah persoalan tentang sekuat mana keinginan, semangat dan usaha para peserta dalam melalui cabaran-cabaran yang sangat menguji kesabaran mantal dan fizikal.

Rancangan ini musim ke 6 telah memberi impak yang sangat besar ke atas diri aku. Pada mulanya, seperti musim-musim yang lain, sebab utama aku menonton dan meminati rancangan ini adalah kerana Gordon Ramsay yang sangat comelll apabila dia maki..hahaha..tetapi pada musim ke 6, pada awal episod lagi aku telah mengangumi seorang peserta iaitu Dave Levey yang mencerminkan keazaman yang sangat tinggi dalam memenuhi cita-citanya. Perasaan cintanya dalam memasak tidak mematahkan semangatnya apabila dia mengalami kecederaan pada tangan kirinya. Memasak dengan hanya satu tangan sepanjang 12 minggu dan akhirnya memenangi pertandingan ini membuatkan aku tertanya-tanya, bagaimana hebatnya keazaman dan keinginan yang membara dapat menandingi kesakitan dan ketidakupayaan seseorang.

 Kata- kata Dave yang tersemat di hati aku adalah apabila Ramsay bercadang untuk menyingkirkannya berikutan kesakitan yang dialaminya semasa menjalankan tugasan. Namun, kata- kata ini telah membuat Ramsay terdiam iaitu, " jika kamu bercadang untuk menyingkirkan aku, pastikan sebabnya adalah masakan aku bukannya kesakitan atau kecederaan tangan aku. Aku masih boleh masak makanan yang sangat hebat walaupun dengan hanya sebelah tangan kerana aku sangat suka memasak".

Menonton rancangan ini menyedarkan aku bahawa, di dunia ini ada sekumpulan manusia yang menganggap memasak, sebagai sesuatu yang amat bermakna. Bagi aku sendiri, memasak adalah hanya suatu keperluan namun bagi mereka memasak adalah suatu kepuasan.

Wednesday, 28 September 2011

Perpaduan Umpama "Beebimbap"..

" Sedangkan orang yang lemah juga akan menjadi kuat jika bersatu".

Assalamualaikum...

Setiap hari aku dimomokkan dengan isu perpaduan di negara kita. Manakan tidaknya, sebagai seorang pelajar SKKD ( Komunikasi Dan Dasar Awam), aku harus peka dengan keadaan sekitar dan masyarakat dalam membangunkan sesebuah negara. Perpaduan rakyat boleh dijadikan sebagai kayu ukur dalam usaha membangunkan negara kita. Amboiiiii...aku seperti mahu memberi ceramah politik pula...hahaha

Bagi aku..aku mahukan sebuah masyarakat yang bersatu padu seperti "Beebimbap". Mengapa Beebimbap? Sebab aku merupakan peminat drama Korea dan aku masih teringat tentang sebuah rancangan korea yang memperkenalkan makanan ini. Aku amat tertarik dengan keunikan makanan ini.




Beebimbap..


Makanan ini merupakan makanan tradisional Korea yang sangat unik. Makanan yang berkhasiat ini merupakan "nasi campur" yang terdiri daripada nasi, daging, sayuran dan telur. Tahu apa yang istimewanya makanan ini? Beebimbap dimakan hanya apabila SEMUA ramuan tadi digaulkan dan dimakan bersama. Ramuan-ramuan seperti sayur tauge, timun, daun salad, cendawan, lobak merah dan bijan yang mempunyai tekstur yang berbeza mampu menghasilkan rasa yang amat lazat apabila digaul dan dimakan bersama.
Inilah keistimewaan dan keunikan Beebimbap, tidak dimakan secara berasingan namun setiap ramuan BERSATU dalam menghasilkan makanan yang istimewa ini.Mungkin jika ramuan ini tidak digaul bersama maka tidak akan menghasilkan keajaiban dalam keenakkan makanannya.

Aku mahu masyarakat seperti Beebimbap. Walaupun ramuan tadi berbeza dari segi warna, rasa dan bentuk namun apabila bersatu, ramuan-ramuan tadi akan menghasilkan keajaiban. Masyarakat kita yang berbeza etnik, bangsa dan agama juga mampu menghasilkan keajaiban jika bersatu-padu..saling memberi "rasa" antara satu sama lain hingga negara kita semakin maju dan berjaya di masa hadapak kelak, insyaAllah.

Friday, 23 September 2011

Pendahuluan..

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar"..

Assalamualaikum...

Aku bukanlah seorang yang berfikiran kreatif, namun menurut kata-kata pensyarahku, kreativiti itu tidak boleh diajar namun boleh diperolehi dengan pembacaan buku-buku yang bagus.Pada mulanya, aku mengikuti kursus ini untuk mencukupi unit. Namun, ini tidak bermakna aku tidak meminati penulisan..aku sangat meminati penulisan sejak sekolah rendah lagi..aku amat yakin dalam menjawab semua peperiksaan penulisan (BM) dan semuanya pasti mendapat markah yang baik. Segala keyakinan dan minat aku terhadap penulisan dan Bahasa Melayu seperti hilang dan lenyap apabila aku mendapat skor C+ untuk peperiksaan STPM dan subjek ini menjadi punca jatuhnya pointerku.. Aku sangat malu apabila aku menyedari sebenarnya aku tidak hebat dalam subjek yang aku yakin dan minat. Impian untuk kononnya menjadi guru bahasa melayu turut pudar.

Apabila kawanku, Ewah mengajak aku untuk mengambil subjek ini, aku takut kalau sejarah berulang lagi.Namun, aku memberanikan diri..mungkin ini kesempatan bagi aku untuk memperbaiki keyakinan dan minat aku..mungkin ini kesempatan yang bagus untuk aku mempelajari sesuatu yang dulunya amat aku minati..maka, aku akan berusaha untuk cemerlang dalam subjek ini...Berusaha Laily!!!!!